| T O P I C R E V I E W |
| princezzmea |
Posted - 02/20/2006 : 10:08:34 AM Sejahat-jahat perkara (yang mereka lakukan) ialah perbuatan mereka membeli kesenangan dirinya sendiri dengan mengingkari Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah, kerana dengki bahawa Allah menurunkan dari limpah kurniaNya (wahyu) kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (iaitu Nabi Muhammad s.a.w). Dengan sebab itu sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan Allah bertalu-talu, dan orang-orang yang kafir itu akan beroleh azab sengsara yang menghinakan. (Surah Al-Baqarah, Ayat 90)
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)", mereka menjawab: "Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)". Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?". (Surah Al-Baqarah, Ayat 91)
|
| 3 L A T E S T R E P L I E S (Newest First) |
| rora |
Posted - 02/22/2006 : 01:01:52 AM jgn lupa baca al-quran hari2 ye.. |
| icemans9 |
Posted - 02/21/2006 : 9:44:55 PM Al-Quran panduan hidup yang benar.... |
| rora |
Posted - 02/21/2006 : 5:31:50 PM iman adalah mutiara iman x dpt diwarisi so, pandai2 la korang.. |
|
|