Icemans9 Communities
Icemans9 Communities
Home | Profile | Register | Active Topics | Active Polls | Members | Private Messages | Search | FAQ
Username:
Password:
Save Password
Forgot your Password?





 All Forums
 Al-Islam
 Al-Quran, Hadith dan renungan..
 FADHILAT
 New Topic  Reply to Topic
 Printer Friendly
Author Previous Topic Topic Next Topic  

rora
Senior Member


Malaysia
736 Posts

Posted - 03/22/2006 :  7:35:34 PM  Show Profile Send rora a Private Message  Reply with Quote
Inilah dia rahsia as-solat,sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :Sebenarnya memeliharakan taubat kita daridunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :Fadilatnya,ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :Fadilatnya,sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7 - Sujud :Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir :Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar & nangkir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :Memelihara kita di dalam kubur.

rora
Senior Member



Malaysia
736 Posts

Posted - 03/22/2006 :  7:37:03 PM  Show Profile Send rora a Private Message  Reply with Quote
Tahukah saudara/saudari, salah satu syarat sah sembahyang ialah
mengambil wudhuk. Berikut adalah cara-cara mengambil wudhuk
yang sempurna dengan wudhuk yang sempurna insyaallah kita akan
mendapat kekhusyukan dalam sembahyang.

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah
dosa mulut dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,
putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan
muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan
Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
ampunilah dosa telinga ku ini".
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah,
permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan
tempat-tempat maksiat".

Penjelasannya:
1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan iri
5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala
6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll
7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap
yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian
rupa?.

Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi
dalam menghayati Islam?

Pernahkah kita terfikir mengapa Allah
lahirkan kita sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu. Hantar e-mail ini rakan-rakan yang lain.
Insya Allah dapat pahala berdakwah. Wasallam
Go to Top of Page

rora
Senior Member



Malaysia
736 Posts

Posted - 03/22/2006 :  7:47:04 PM  Show Profile Send rora a Private Message  Reply with Quote
SINAR CAHAYA AYAT KURSI
Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.
Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan
keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya.
Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT
mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada
dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.


3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah
SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg
benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan
70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.


6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT
berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Go to Top of Page

rora
Senior Member



Malaysia
736 Posts

Posted - 03/22/2006 :  7:52:00 PM  Show Profile Send rora a Private Message  Reply with Quote


Subject: Kalimah Allah (berlaku pada 15 Muharram 1427/14Feb 2006 waktu maghrib di Lebuhraya NKVE

Salah seorang staff THTS berjaya merakamkan kalimah ini.Tuhan Maha Berkuasa.sesiapa yang masih belum bertaubat, laksanakanlah dengan segera. Sesungguhnya sesuatu kejadian itu berlaku ada makna di sebaliknya. Subhanallah.. buat apapun solat 5 waktu jgn tinggal.

Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya..

Edited by - rora on 03/22/2006 8:09:49 PM
Go to Top of Page

rora
Senior Member



Malaysia
736 Posts

Posted - 03/23/2006 :  6:26:11 PM  Show Profile Send rora a Private Message  Reply with Quote
Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut " SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM " diulang sebanyak 7 kali
untuk
7 niat baik mu, Insyallah dengan izin yang maha esa dan maha kuasa,
semua
hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh
dan
mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan
berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat
ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan
miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yang
beriman
kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....
Go to Top of Page

icemans9
Forum Admin



Finland
1821 Posts

Posted - 03/27/2006 :  11:41:27 AM  Show Profile  Visit icemans9's Homepage  Send icemans9 a Yahoo! Message Send icemans9 a Private Message  Reply with Quote
Panjangnye.... huhuhu.. anyway, mmg ALLAH memerintahkan manusia untuk melakukan sesuatu perkara tu, mesti ada sebab dan hikmahnya.. Subhanallah..

Being an Ice all the time......
Go to Top of Page

rora
Senior Member



Malaysia
736 Posts

Posted - 03/27/2006 :  6:11:07 PM  Show Profile Send rora a Private Message  Reply with Quote
kadang2 kita x menyedari sesuatu yg di perintahkan olehNya ada hikmah. so, apa yg rora dpt ni, rora share ngan korang..
Go to Top of Page

icemans9
Forum Admin



Finland
1821 Posts

Posted - 03/27/2006 :  6:56:45 PM  Show Profile  Visit icemans9's Homepage  Send icemans9 a Yahoo! Message Send icemans9 a Private Message  Reply with Quote
Thanx rora.

Being an Ice all the time......
Go to Top of Page

rora
Senior Member



Malaysia
736 Posts

Posted - 03/28/2006 :  02:31:47 AM  Show Profile Send rora a Private Message  Reply with Quote
my pleasure..
Go to Top of Page
  Previous Topic Topic Next Topic  
 New Topic  Reply to Topic
 Printer Friendly
Jump To:
Icemans9 Communities © 2000-05 ForumCo.com Go To Top Of Page
This page was generated in 0.97 seconds. Powered By: ForumCo v3.4.05
RSS Feed 1 RSS Feed 2
Powered by ForumCo 2000-2008
TOS - AUP - URA
ForumCo Free Blogs and Galleries
Signup for a free forum or Go Banner Free